Jun 04, 2023 - FASBiar sejauh mana kita bermain dengan baik namun jaringan gol yang membezakan. Selangor FC tidak berjaya membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan semalam menentang PDRM FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Menurut Tan Cheng Hoe, pasukan tewas 1-0 atas kesilapan sendiri, beliau berharap pasukan bangkit.
Secara keseluruhan kita bermain dengan baik tetapi disebabkan kelekaan kita bolosi gol atas kesilapan sendiri. Apabila kita menyerang, kita dibolosi gol tersebut dan ia sedikit sebanyak menjejaskan moral pasukan. Saya tidak akan menafikan kerja keras pasukan tetapi inilah bola sepak, apa sahaja keputusan boleh berlaku.
Kita kena bekerja keras bagi memastikan perlawanan akan datang kita tidak tercicir lagi mata yang penting untuk pasukan," tegas Tan Cheng Hoe
Pihak pengurusan berharap pasukan akan bangkit untuk perlawanan yang seterusnya. Kami yakin dengan Gergasi Merah!
Tidak lupa juga, Selangor FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang telah hadir meriahkan lagi stadium MBPJ semalam menyokong pasukan sehingga tamat perlawanan.
Demi Kebanggaan!